Pada mulanya
Hajar Aswad tidak berwarna hitam, melainkan berwarna putih bagaikan susu dan
berkilat memancarkan sinar yang cemerlang.Abdullah bin Amr bin As r.a (7 SH-65
H) menerangkan bahawa perubahan warna Hajar Aswad daripada putih menjadi hitam
disebabkan sentuhan orang-orang musyrik. Hal yang sama diungkapkan pula oleh
Zubair bin Qais (M. 76 H/65 M). Dikatakannya bahawa sesungguhnya Hajar Aswad
adalah salah satu batu dunia yang berasal dari syurga yang dahulunya berwarna putih
berkilauan, lalu berubah menjadi hitam kerana perbuatan keji dan kotor yang
dilakukan oleh orang-orang musyrik. Namun, kelak batu ini akan berwarna putih
kembali seperti sedia kala. Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin
As, dahulu Hajar Aswad tidak hanya berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar
yang berkilauan. Sekiranya Allah s.w.t tidak memadamkan kilauannya, tidak
seorang manusia pun yang sanggup mamandangnya. Pada tahun 606 M, ketika Nabi
Muhammad s.a.w berusia 35 tahun, Kaabah mengalami kebakaran besar sehingga
perlu dibina kembali oleh Nabi Muhammad s.a.w dan kabilah-kabilah terdapat di
Mekah ketika itu. Ketika pembangunan semula itu selesai, dan Hajar Aswad hendak
diletakkan kembali ke tempatnya, terjadilah perselisihan di antara
kabilah-kabilah itu tentang siapa yang paling berhak untuk meletakkan batu itu
di tempatnya. Melihat keadaan ini, Abu Umayyah bin Mugirah dari suku Makzum,
sebagai orang yang tertua, mengajukan usul bahawa yang berhak untuk meletakkan
Hajar Aswad di tempatnya adalah orang yang pertama sekali memasuki pintu Safa
keesokan harinya.
Selasa, 23 Oktober 2012
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 comments:
Posting Komentar